AWAS !!!Mungkin Selepas Anda Baca Artikel Ini ,Anda Tidak Lagi Makan MC'DONALDS !!!

Rasa lapar? Anda mungkin mahu membaca artikel ini sebelum pergi ke tempat makan fast-food kegemaran untuk mendapat makanan toxic anda...

Banyak orang tahu yang “fast-food” menggemukkan dan tidak sihat, tapi tahukah anda yang ia juga boleh merosakkan badan anda dengan cara yang lain juga? Anda mungkin fikir ‘tetapi ia sedap dan murah’. Betul, tetapi makanan ini mempunyai beberapa kualiti yang anda tidak mahu tahu. Jom tengok!!!

1.) Ammonium Sulfate


Ini digunakan sebagai bahan baja dan racun serangga

2.) Silicone Oil


Chicken McNugget dipenuhi dengan dimethylpolysiloxane, minyak silicon yang digunakan untuk membuat lensa kontak dan barangan medical

3.) Cysteine-L


Cysteine-L hanya boleh didapati daripada bulu itik…. atau RAMBUT MANUSIA. Ia digunakan sebagai bahan perasa di dalam daging...

4.) TBHQ


Ia racun yang boleh membunuh. Terdapat didalam 18 makanan di menu Mcdonald.

5.) Propylene Glycol


Propylene glycol didapati didalam anti-freeze dan rokok electronic.

6.) Dadah prescripsi!


Ubat seperti anti-kemurungan diberi kepada ayam dan lembu di kandang mcdonald… dan ubat ini akan masuk ke dalam badan pemakan burger McDonald.

7.) Dimethylpolysiloxane


Boleh didapati dikebanyakan makan goreng… dan juga mainan plastik.

8.) Carminic Acid


Didapati dari Cochineal bees, dan digunakan sebagai pewarna merah.
9.) Cellulose

Anda boleh menjumpai compound ini didalam kayu… dan juga barang seperti kertas....
Selapas membaca ini, saya tidak mahu lagi memakan McDonald. Anda pula bagaimana????

SUMBER : soapgamebox.com


Gambar Pasangan Sedang Bersenggama Atas Bumbung Politeknik Tersebar Di Laman Sosial !!!


Politeknik Ngee Ann (Ngee Ann Poly) menjadi trending di Twitter Singapura dan viral di laman sosial bila mana sekeping gambar satu pasangan sedang bersenggama di atas bumbung institusi terbabit tersebar meluas...

Sepasang kekasih muda yang juga pelajar institut berkenaan bersenggama di atas bumbung tanpa menyedari yang perbuatan jijik mereka itu dapat dilihat oleh orang ramai. (Ingat kat atas, orang tak nampak la?)

Ekoran dari perbuatan tidak bermoral itu, saksi membuat laporan kepada pengawal keselamatan bangunan dan pasangan terbabit dihalau serta merta dari premis tersebut....

Kejadian yang memalukan ini menjadi bahan cerita masyarakat di laman sosial....

Inilah kesannya negara terlampau maju tanpa mempedulikan masalah-masalah sosial sebegini....




AWAS !!! 7 NAMA BAYI YANG PERLU DI ELAKKAN ,NO 4 ADALAH YANG PALING RAMAI GUNAKAN !!!


TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan??? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :::

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua...

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut...


SUMBER : Trendmalaya.com


8 FAKTA KELEBIHAN BERCIUM ( Berkahwin Sahaja ) !!!



KELEBIHAN BERCIUM....

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit...

2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident namanya !!!

3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus...

4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat...

5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa..Hahaha!

6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.

7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.

8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!

TAPI INGAT!!!

PASTIKAN ANDA BERNIKAH DAHULU SEBELUM BERCIUM!!!

SUMBER : Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga


Saintis USA Meramalkan Bahawa Bumi Akan Musnah 100 Tahun Lagi !!!


Pihak saintis telah memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa di dalam tempoh 100 tahun lagi, medan magnet bumi akan berada dalam keadaan songsang. Para saintis juga meramalkan bahawa medan magnet bumi boleh ‘diterbalikkan’ jauh lebih cepat dari yang difikirkan sekarang dan berkemungkinan planet bumi akan musnah pada masa itu....

Berkeley merupakan seorang saintis mengatakan bahawa medan magnet bumi boleh melemahkan keseleruhannya dalam tempoh hanya 100 tahun, di mana ia mampu menterbalikkan kompas ke selatan . Ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat mengikut kepada kelajuan bumi.Kini, medan magnet bumi mampu melemahkan 10 kali lebih cepat berbanding sebelum ini...

“Perubahan ini begitu pantas. Kita sendiri tidak dapat merasai. Hari semakin hari, ia semakin cepat berubah,” ujar Berkeley kepada media....

Selain itu, seorang penulis journal, Robert Felix mendakwa bahawa pembalikan sebelum ini telah dikaitkan dengan gangguan massa seperti kepupusan manusia Neanderthal, dan dengan letusan gunung api yang teruk dan beberapa peristiwa dahsyat yang lain. Secara amnya, pembalikan berlaku secara teratur, namun tidak ada contoh yang didokumenkan untuk 800,000 tahun....

Selain itu, pihak NASA telah memberitahu bahawa kejadian ini berlaku dari segi skala masa geologi iaitu kejadian yang biasa berlaku yang berlaku secara beransur-ansur selama ribuan tahun. Magnet bumi semakin hari semakin lemah. Dunia semakin terancam dengan bencana alam....

“Walaupun syarat-syarat yang menyebabkan pembalikan kutub tidak boleh dijangka sepenuhnya – pergerakan kutub utara yang halus boleh mengubah arah, misalnya – tidak ada dalam berjuta-juta tahun rekod geologi untuk mencadangkan bahawa mana-mana senario hari kiamat yang disambungkan kepada pembalikan kutub,perkara ini harus diberi perhatian serius. Semua ini adalah mangnetik bumi yang tidak dapat dijangka oleh ramai orang,” ujar wakil NASA kepada media. -Agensi...

Sumber: klxpress.com.my


SEDIH !!!Akibat Cinta 7 Tahun Tidak Direstui Keluarga ,Kekasih Datang Memeluk Di Majlis Perkahwinan !!!


Sedih Bekas Kekasih Datang Peluk Di Majlis Persandingan Lelaki itu...

Hari Jumat (17/10), merupakan hari yang paling membahagiakan buat artis Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Sebab, mereka mengikat janji suci sebagai pasangan suami isetri....

Namun dipastikan tak ada bekas kekasih Raffi yang hadir dalam pernikahan pengacara kaya tersebut. Berbeda dengan Risna (22) di Kecamatan Kajang, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan...

Risna dengan tabah datang ke pernikahan bekas kekasihnya, Rais (25) dengan pasangannya. Ternyata dia tak kuasa melihat pemuda yang menjadi kekasihnya selama tujuh tahun itu bersanding dengan wanita lain di pelaminan...

Risna langsung memeluk dan menangis di dakapan Rais. Dia sudah tak memikirkan ada istri Rais di sebelahnya. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru...

Para undangan dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut. Keluarga Rais mengatakan, pihaknya sudah pernah melamar Risna karena mereka sudah berpacaran sejak 2005 lalu. Namun ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan...

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais....

Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial...

SUMBER : suarainsan


GEMPAR !!! Pelajar Sekolah Agama Pulak Di Ajar Pegang Anjing !!! ( 21 GAMBAR )


Pada 20 september lepas ,seorang pengguna facebook bernama SkyVincent Loh telah memuat naik 22 keping yang menunjukkan beberapa keping gambar pelakar yang bru pulang dari kelas agama memegang anjing...

Program kecil yang diberi nama I Am Touching A Dog !' itu seakan sama dengan program yang kecoh bru2 ini I Want To Touch A Dog yang berlansung di Bandar Utama...Mungkin kisah ini tidak diambil berat oleh media arus perdana seperti program 'I Want To Touch A Dog' kerana ianya berlaku di Johor dan bukannya di Selangor...Semoga program seperti ini tidak berulang lagi....

























SUMBER


Sebab Mengapa DOKTOR BEDAH Memakai Pakaian HIJAU Waktu Pembedahan !!!


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa???

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan....

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk....

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah....

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan....

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor....

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...

SUMBER : TERENGGANUTIMES.COM


Tauke Dan Yus Menunggu Zizan Selama 2 Bulan Akhirnya Bergabung Menjadi VIRUS !!!


Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini...

Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan Jozan, untuk membentuk satu pasukan dengan nama ‘Virus’...

Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama ‘Virus’ telah dipilih oleh mereka bertiga...

“Kami memilih nama ‘Virus’ kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih...

“Pada awalnya kami mahu letak nama ‘JambuZ’ kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih ‘fresh’,” katanya...

Tauke atau Zamatul Amri berkata, ‘Virus’ akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini...

“Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan ‘Jambu’ dengan ‘Jozan’ berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya...

“Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat,” ujarnya...

Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.

“Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.

“Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu,” katanya.

Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.

“Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan,” katanya mengakhiri perbualan....

sumber : astrogempak


TIPS-TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU KUCING !!!


Selalunya kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan. Kita sebagai tuan rumah juga pasti serba salah dibuatnya jika melihat tetamu resah dan tidak keruan bila bertandang ke kediaman kita...

1. Selain memastikan kucing anda dimandikan dengan bersih, sangkar kucing anda perlu dibersihkan dan mesti mendapat pengudaraan yang betul...

2. Lapkan lantai anda dengan Clorox khas untuk lantai...

3. Pastikan juga segala kemasan lembut, permaidani dan sofa anda divakum terlebih dahulu dan di sembur cecair khas untuk membasmi bakteria dan bau yang kurang enak. Ya kini ada cecair anti bau binatang peliharaan di pasaran....

4. Jika kucing anda suka membuang najis di tempat yang sama, anda perlu sapukan lantai tersebut dengan ubat gigi dan biarkan dalam 2 hingga tiga jam sebelum dibilas sebersih-bersihnya....

5. Pilihlah haruman flora atau samudera jika memilih cecair pewangi lantai agar bau ruang lebih lembut dan tidak terlalu menyengat....

6. Jika tetamu hadir, segera gunakan pewangi ruang aromaterapi yang mampu membasmi segala bau yang kurang enak sebagai persiapan terakhir. Anda sudah pasti tahu jenama apa yang menjadi pilihan hati bukan???

Selamat mencuba...

SUMBER : karangkraf.com


Kisah Pelajar UIA Yang Bermimpi Bertemu Dengan Rasulullah S.A.W !!!



Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik...

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini...

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya...

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari...

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah...

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang...

Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”..

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah...

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya...

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...

Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah...

Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. ..Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar)...

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”..
..
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya...

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi...

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam....

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak...

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini...

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”..

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”..

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar...

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;..

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya...

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”..

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”..

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra...

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan….

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."..

SUMBER : ohmymedia.my


PENTING !!! Mari Pelajari Jenis-Jenis Penyakit Melalui Jari Jemari Anda !!!


PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

* Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

* Bagi wanita pula, lihat pada jari kelingking, kalau meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan & senggugut

* Kalau tapak tangan berbintik, mungkin ada masalah angin.

* jika ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

* Jika terdapat urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress.

* Bagi wanita cuba tengok kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Wallahualam !!!